Sunday, April 20, 2014

WEEK 9

Setelah seminggu menghabiskan cuti semester, kelas bermula semula dan dikendalikan pula oleh Dr.Norasykin. Untuk kali ini kami akan diajar dengan Penggunaan Adobe Flash CS3 dengan (FlashFile 2.0)

Flash merupakan satu proses animasi yang interaktif dalam sesuatu website. Terdapat banyak kegunaan Flash yang boleh diaplikasikan, di antaranya ialah :-

  • Menghasilkan cartoon - format mestilah .fla tetapi sekiranya semua file digabungkan, format hendaklah ditukar kepada .swf
  • Menghasilkan game
  • Menghasilkan courseware
Terdapat 3 jenis interaksi dalam Flash iaitu :-

  • Simbol - yang melibatkan graphic, button dan movie clip
  • Text - static, input dan dynamic
  • Drag and drop
Berikut merupakan function yang terdapat dalam Flash


  • Tools panel - mengandungi segala tools yang boleh digunakan untuk menghasilkan imej
  • Timeline - Memaparkan hasil kerja
  • Layer - Kedudukan imej atau objek yang diletakkan boleh diasingkan atau disusun mengikut layer

Selain itu kami turut diperkenalkan dengan beberapa function lain yang terdapat dalam Flash



Dalam kelas yang akan datang, kami akan diajar dengan lebih banyak lagi tools dan function Flash untuk menghasilkan paparan yang lebih interaktif

Wassalam



No comments:

Post a Comment